KEPT ABDUL RAHMAN BIN AYOB TLDM (N/401989)
PEGAWAI MEMERINTAH KD PERAK YANG KE-5
Kept Abdul Rahman bin Ayob TLDM dilahirkan pada 2 Dis 1964 di Johor Bahru, Johor. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Norinah binti Mustapha. Rumah tangga beliau turut diserikan lagi apabila telah dikurniakan seramai 4 orang cahaya mata. Beliau mula berkhidmat dalam TLDM pada 2 Jul 82.
Beliau mula mengambil alih pucuk pimpinan KD PERAK daripada Kdr Chandra Sehgaran a/l R.Palayapan setelah kapal tersebut bertukar krew dengan KD PAHANG di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan. Beliau menerima penghormatan oleh krew kapal apabila pertama kali menjejakkan kaki ke KD PERAK sebagai Pegawai Memerintah kapal tersebut.

|
Beliau telah mengambil alih pucuk pimpinan KD PERAK daripada Kdr Chandra Sehgaran a/l R.Palayan
|
|
|

|
Pegawai Memerintah semasa di MAWILLA 1
|

|
Kept Abdul Rahman bin
Ayob TLDM menerima penghormatan apabila pertama kali memasuki kapal
sebagai Pegawai Memerintah KD PERAK
|


|
Pegawai Memerintah seterusnya telah berjumpa dengan setiap warga KD PERAK untuk berkenalan
dengan lebih dekat
|
Setiba di KD PERAK, Pegawai
Memerintah menyampaikan ucapan pertama kepada warga kapal.
Perjawatan beliau sebagai Pegawai Memerintah KD PERAK adalah begitu
simbolik dengan sejarah beliau dalam TLDM. Beliau
pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Kanan di KD SRI PERAK di mana beliau merupakan salah seorang daripada mangsa kejadian yang telah terselamat. Tragedi yang berlaku pada 8 Januari 1984 telah menenggelamkan sebuah kapal TLDM iaitu KD SRI PERAK di Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Natuna, Indonesia.
Tiga daripada dua puluh sembilan anak-anak kapal telah hilang
dipercayai mati. Mereka ialah Lt Madya Mohd Fuad Bin Hj Isnin TLDM, Pegawai Kadet
Kanan Mokhtar Bin Amir Nawi dan Laskar Kelas II Shaharuddin Bin Sharani.
Pegawai Memerintah juga turut merangkap sebagai Pegawai Kanan Armada. Semoga di bawah pucuk pimpinan yang baru, KD PERAK terus menjulang namanya di persada Armada TLDM sebagai kapal yang disegani dan diteladani.