SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KD PERAK

Saturday 31 March 2012

LAWATAN WARGA KD PERAK KE CSS TINAGAT


            Tanggal 29 Mac 12 KD PERAK telah selamat merapat di Jeti Awam Pelabuhan Tawau  seselesai Operasi Op DAULAT BENUA 10/12. Beberapa program telah dirancang bagi memenuhi aktiviti dan rutin riadah warga disamping meningkatkan moral bagi menambah pengetahuan warga dari masa ke semasa.

            Antara program yang diatur ialah lawatan ke CSS Tinagat pada 30 Mac 12. CSS(Coastal Surveillance Station) ialah pusat pengawasan pesisiran pantai dimana setiap stesen ini memiliki radar yang berkeupayaan mengawasi menjangkau 50km atau 18.5 batu nautika. Setiap stesen ini juga mempunyai kamera CCTV pengesanan jarak jauh sehingga berkemampuan hingga pandangan 10km. CSS Tinagat diletakkan dibawah organisasi Markas Angkatan Bersama 2(MATB 2). Antara pusat pengawasan lain yang sama tugasnya ialah CSS Dongotan, CSS Limau-limau, CSS Bakungan Kecil, CSS Tambisan, CSS Bakapit, CSS Danawan  dan CSS Kinabatangan(dalam proses pembinaan). Semua CSS ini diletak dibawah naungan MATB 2 dimana segala laporan pemantauan dan pengawasan akan dihantar ke Bahagian Operasi MATB 2 yang terletak di 7 RAMD untuk tindakan seterusnya.

Manakala bagi nama Tinagat pula diambil daripada nama sebuah bukit  dan kampong yang terletak di Utara Pekan Tawau. Jaraknya lebih kurang 20km dan perjalanan mengambil masa 30 minit.Lawatan ke CSS Tinagat ini telah diketuai oleh Pegawai Navigasi iaitu  Lt Mohd Hafiz Bin Hussein TLDM bersama  5 pegawai dan 10 LLP keutamaan  dari Cawangan Operasi. Kumpulan ini telah bergerak pada jam 9 30 pagi dari Pelabuhan Awam Tawau dan tiba di CSS Tinagat pada jam 10 pagi.

Kapt Khairul TUDM memberikan sedikit taklimat awal kepada kumpulan lawatan

         Setiba di CSS Tinagat kumpulan lawatan ini telah disambut oleh Kapten Khairul TUDM bersama 2 anggotanya. Penerangan secara teliti telah diberikan oleh Kapten Khairul dan anggotanya mengenai tugas CSS dan fungsinya. Beberapa peralatan radio lengkap membantu kelancaran tugas angota untuk memantau , mengawas serta manghantar laporan kepada unit yang sepatutnya terlibat. Radar jenis SPERRY- X Band serta Sistem AIS(Automatic Indentification System) turut dipasang di sini. Dalam setiap masa seramai 8 anggota akan bertugas dan diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Kapten/Lt TLDM. Setiap maklumat serta pengumpulan data dan sebagainya akan dihantar ke  Pusat  Operasi MATB 2.

Kumpulan lawatan melawat tempat krew CSS Tinagat beroperasi

Manakala tugas sebenar CSS Tinagat ini pula ialah untuk memantau mencakupi kawasan Operasi OP PASIR dan persempadanan  Malaysia/Indonesia Laut Sulawesi atau  bahagian Selatan Tawau bagi menjamin kedaulatan perairan tersebut terpelihara. Kumpulan lawatan ini sangat berpuas hati dengan kerjasama krew CSS Tinagat yang tidak lokek untuk memberi penerangan  dan ini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengetahuan peserta lawatan ini.

Kumpulan lawatan bersama krew CSS Tinagat

Diakhir lawatan sebagai tanda terima kasih Pegawai Navigasi telah menyampaikan hadiah pelaka kapal bagi pihak Pegawai Memerintah KD PERAK kepada Kapten Khairul TUDM .Ini kerana sokongan dan layanan semasa lawatan tersebut yang julung kalinya berjaya dilaksanakan di CSS Tinagat. Secara amnya program seperti ini perlu  kerap dilaksanakan bagi mengalakkan percambahan ilmu dan meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan The Navy People sejajar dengan visi TLDM iaitu untuk menjadi Tentera Laut bertaraf  Dunia…

Kumpulan lawatan dengan gaya tersendiri

                                       dikarang oleh : ORS KD PERAK 12