SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KD PERAK

Sunday 25 March 2012

AKTIVITI SENAMROBIK SEMASA PELAYARAN


Kesihatan tubuh badan dan stamina warga kapal perlu dijaga dalam melaksanakan tugas-tugas di kapal. Oleh itu, bagi meningkatkan stamina dan kesihatan warga kapal, aktiviti senamrobik diadakan semasa pelayaran. Aktiviti senamrobik diiringi oleh muzik yang rancak bagi menaikkan lagi semangat ketika bersenamrobik.    
Lt Rafhanah (AWEO) sedang mengendalikan senamrobik warga KD PERAK
  
Pendekatan ini dilihatkan dapat mewujudkan aura yang positif dan menggembirakan bagi warga kapal kerana stress dapat dikurangkan dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh.  Justeru, moral warga kapal turut dapat dinaikkan dalam melaksanakan tugasan harian dengan lebih bersemangat.