Bagi warga Tentera Laut
DiRaja Malaysia(TLDM), pelayaran tugas operasi adalah perkara yang mesti
dilaksanakan dan memerlukan tumpuan yang penuh pada setiap masa, ini adalah
bagi menjamin keselamatan Negara yang tercinta dari sebarang ancaman luar.
Namun begitu, dalam kesibukan menjalankan tugas mengawal perairan Negara,
ikatan persaudaraan antara anak kapal tidak pernah diabaikan. Pelbagai jenis
hiburan dan aktiviti riadah dilaksanakan bagi memastikan moral warga kapal sentiasa
berada pada tahap yang tertinggi.
Antara aktiviti yang
dijalankan adalah program yang berbentuk hiburan. Bagi kapal KD Perak 173,
antara aktiviti yang paling diminati warga kapal adalah jamming. Dengan
kelengkapan yang sedia ada di atas kapal dan juga sokongan Pegawai
Memerintah(PM) yang juga peminat fanatik seni muzik sejak beliau muda lagi,
aktiviti ini mendapat sambutan yang hangat dari semua warga kapal. Walaupun
kelengkapan yang sedia ada tidak berada dalam keadaan yang baik, namun ia tidak
mematahkan semangat penggiat muzik KD PERAK dalam menjalankan aktiviti mereka.
PM sendiri turun padang bagi turut sama bermain menggunakan gitar beliau
sendiri bersama warga kapal.
Band KD PERAK tengah rancak menjalakan latihan di Bilik ACTAS |
Diperamati kebanyakan
warga kapal sebenarnya memiliki kebolehan yang unik dalam bermain alat
muzik. PM sendiri adalah seorang pemain
gitar yang hebat ditambah pula keunikan suara vokal dari Lt Rafhanah TLDM,
Penolong Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata (AWEO) dan LK 1 PWP Haris yang
persis gaya mengalahkan artis menambahkan lagi kemeriahan di bilik
jamming. Antara lagu-lagu yang dimainkan
seperti Kehilangan, Jujur dan pelbagai lagi lagu yang pernah menjadi hits suatu
masa dulu. Bagi pemain bass Lt Dya Hasbullah TLDM, Pegawai Rekod (CORRO)
pengalaman bermain bersama PM adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan
sehingga beliau tidak dapat untuk memetik tali bass kerana leka melihat
kelincahan PM bermain gitar jenama Taylor beliau. Lain pula bagi pemain drum,
BM TMK Hairul (Black), yang sememangnya terserlah dengan gaya seperti seorang
pemain drum professional.
Pegawai Memerintah dengan kehebatan beliau memetik gitar |
Pengalaman akan
mematangkan lagi kumpulan band ini pada masa akan datang. Pertandingan Battle
of The Band akan dirancang pada pelayaran akan datang bagi mencungkil bakat
lebih ramai warga kapal dalam seni muzik. Diharap aktiviti ini akan mendapat
sambutan yang lebih hangat dari warga kapal pada masa akan datang.