Kek HUT KD PERAK ke-3 |
Tanggal 3 Jun 2012 bersamaan
13 Rejab 1433H genaplah 3 tahun usia KD
PERAK. Kapal ini telah dilancarkan pada
tahun 2007 dan ditauliahkan ke inventori Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
pada 3 Jun 2009 bersamaan 9 Jamadilakhir 1430H di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Majlis yang disambut ringkas
dan sederhana dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta diiringi
oleh Doa Selamat yang dipimpin oleh Mej (Ust) Razailan dari KD SRI KOTA KINABALU
(KDSKK) bagi memanjatkan kesyukuran dan memohon perlindungan dari Allah SWT
agar memberkati seluruh warga KD PERAK walau di mana pun kami berada.
Taklimat ringkas oleh Mej Razailan sebelum memulakan bacaan Yassin |
Setelah
selesai bacaan doa selamat, semua hadirin mengerjakan solat zohor berjemaah
seterusnya acara memotong kek sempena HUT KD PERAK ke-3 yang disempurnakan oleh
Pegawai Memerintah dan PMC Mess Pegawai, Bintara dan Laskar. Majlis selesai pada 1315H.
Acara memotong kek HUT KD PERAK ke-3 |